Photobucket

By Noor Amanda Abd Rahman ♥

Saturday, February 26, 2011

Cupcakes :))

Morning everybody, upss, afternoon kan tp rase cam pagi je lgy, kul 12.05pm baru.. Tp, morning pun boleh la. kan. bEnda camni pun nak menceceh, aq mang cmni (tgn ke bahu) :))
Apepun, balik cuti ni rasa mcm xcuti jew, byk keje nak kena settle kan actually keje ushawan, nak kena prepare untuk presentation "Projek Usahawan". Sem ni betul2 menguji kesabaran tp apepun kalau kita ikhlas n enjoy tuk lakukan semua boleh jew. Kan2..? Lgpun sem last ape la slahnyew berkorban masa dan tenaga untuk grade. Aminn. Hah, keje cukai pun xsiap2 lgi ni tp dah la save maklumat yang aq amek kat internet. Hope leh la buat malam ni kot, tp jap agy nak kuwa g jalan2 kat masjid jamek kot. :)) Ekh, ape2 pun still enjoy..

Monday, February 21, 2011

Taktahuapanaktulistpygpastitengah"rindu"


Salam semua pembaca setia blog sy...

Act, tak tahu nak tulis apa tp nak jugak tulis *poyo* je.. (tgn ke bahu)
Baru je balik uma weekend semalam, tp rasa rindu sgt2 kat family taktahu nape maybe sebab xcdent tu aq rasa takut sgt2 nak jauh dari semua n takut kehilangan. Rindu adik aq yang laki tu tp kdg2 suka kdg2 menyampah plak. Hehe..
Apepun, hari ni class cukai batal, pagi kul 7.30 yang aq da siap2 nak g class tbe2 msg masuk dari lect "Amanda, class cancel ye arini sy m.c dan bgtahu kawan2".. Gembira jugak baca msg ni tp dah siap2 kan. Rasa2 nak study finance tp teringin nk blogging plak. Ni lah dia amanda. :))
Rindu la kat member2 lama, expecially kwn2 kat samten, sapa2 yg rasa rindu kt sy msg2 la sy.
Saya taknak kehilangan kawan2 lama n kwn2 baru. Apepun love u all.
Kepada bakal jodohku, biarlah "times tell everything"..









Monday, February 14, 2011

Accident :'(

Tanggal 13/2/2011, jam 6.30ptg..HIghway antara tg malim dan behrang di lane laju o lane kanan sekali. Mula2 kami sekeluarga terasa kereta lelong2 macam tak stabil dan tak sampai beberapa saat lepas tu kami terus berpusing sebanyak 3 kali. Rasa nyawa melayang sangat sebab takut kereta laju xperasan kami tengah berpusing, dala di lane laju kan. Mang time tu hujan lebat n tak laju pun ayah drive tp orang kata benda dah nak jadi kan. Lepas kereta kami dah berpusing 3 kali tuh kami terus keluar kereta dan berlari ke sebelah divider sana dan pergi ke rumput takut2 kereta laju tak perasan kami dengan tengah2 hujan lebat. Lepas terjadi tuh kami terus berpeluk anak beranak dan menangis sebab rasa terkejut dan trauma. Ayah cuba melambai tangan guna kain warna hijau tp kereta xpasan sebab hujan. Lebih kurang 10 min selepas itu, kereta perdana dan pajero tak perasan kereta kami yang melintang di lane paling kanan tu, perdana nak elak kereta kami dan elak ke kiri tp tak dapat diselamatkan sebab pajero datang laju dari belakang dan merempuh perdana. Penumpang sebelah pemandu tersepit dan beberapa minit lepas tu baru dapat dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Slim River, kemungkinan ada retak o patah tangan o kaki. Kami bersyukur kehadrat Ilahi sebab masih diberikan kesempatan untuk terus hidup dan bernafas di bumi Allah ini. Dan kami bersyukur kepada dan berterima kasih sangat2 kepada orang yang bawa toing2 kerana bertindak pantas ke tempat kejadian kami. Kami dihantar ke Balai Polis Slim River untuk membuat laporan kejadian dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyelesaikannya. Kereta dihantar ke kl menggunakan toing2 ke bengkel Honda. Thanx to pakteh n makteh kerana datang jauh dari Kajang ke tg malim untuk membawa family sy pulang ke rumah and thanx to Aiman n kwn2 yg lain kat uma sewa behrang tuh . Amin, alhamdulilah semua selamat.









Tuesday, February 8, 2011

Everything Together


hELO blog reader
Just a simple PICT to share with... everything together...












Presentation Usahawan


Salam...

Happy? Ntahla rasa la jugak ke "happy" annyew blew class batal ni kan.. Semua student akan terasa bebasnya bila lecturer tidak ada masa nak buat class. Ngee...!
Jarang sekali la kelas batal untuk sem ni sebab terlalu banyak sangat keje yang perlu di "settlekan" untuk menghabiskan sisa-sisa di poli semester ni. Budak-budak rumah nampak gembira dan lepak habis hari ni. Dapat enjoy lepak tengok movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Mula-mula excited gylew nak tgok. Sumpah! teruja sangat nak tengok sampai mintak kat member. Akhirnya dapat jugak tengok tapi ntahla macam tak best je. Member cakap cmni " Mangla tak faham sebab kome bukan orang perak" . Ade ke? Masalahnya faham je tp ntah la rase cam tak best je. Ade gak babak yang menarik dalam cite ni yang klaka la jugak expecially Kak Limah la. Hehe. Apepun enjoy la sebab tgok ngn dak uma kan.

Next Story
Hari Rabu ni, mean esok la kami ade presentation untuk paper usahawan. Paper ni mang wajib untuk pelajar akaun semester akhir. Walau apa pun kami kena harunginya dan terima semua dugaan ni hanya untuk semester ni. Kami ditugaskan untuk buat blog sendiri dan perlu la untuk membuat pembentangan. Hari keramatnya hari esok ni la doakan kami dapat membuatnya dengan baik. Actually, blog semua dah settle buat cuma nak prepare report dan mental untuk pembentangan dan kena la terima semua kritikan dan pujian tu pun kalau ada la. Upss, terlewat suda rasa ngntuk plus pening kepala sgt2. Time to sleep... Tadaa~ See ya later.

Saturday, February 5, 2011

Back to Behrang

6/2/2011

-Balik behrang uma sewa, malasnya. Dala cuti macam xcuti jew banyak keja kena settlekan.

-Bila dah sampai, benda lain nak kena pikirkan lagi macam2 hal la last sem ni banyak sangat keje n actually, adew lagi 2 paper belum test lagi n tak study pun lagi. Macamne na jawab nanti ni?

-Just tinggal 2bulan lebih untuk menghabiskan masa di Politeknik Sultan Azlan Shah dan Behrang 2020. Semoga kami dapat settlekan semuanya sem ni.

-Cuti ni buat ape je err? Jalan-jalan, beli barang, Buat keje usahawan, facebook, blogger n tolong adik kemas barang nak masuk SBP tingkatan 4 excited je tgok dia.

-UPU? Dah isi dah pening la nak amek kos akaun ke finance tp setelah pikir dan dapat nasihat amik jugak la kos akaun. Aku pilih UPM, UITM, UTM, UUM. Hope dapat mana-mana universiti yang telah dipilih ini. Amin.

-Esok, nak pegi kenduri adik apek kawin. Muda-muda lagi dah dapat kahwin untungnya. Teringin sangat nak kawin muda-muda ni. <3

-Last word, nanti afta abes diploma ni rajinla kot nak update blog selalu...

Tadaa :)

Indahnya Kasih Sayang dan Cinta...

Buat yang sudi membaca

Hari ni terasa nak post something kt blog ni afta dah lama tak buat ape2 kt cnie. Terasa bahagia dan indah sgt hari ni. Andai kata betul jodoh itu telah ditetapkan sejak azali lg tunjukkan la padaku jodohku itu. Berikanlah aku jodoh yang betul2 memahami diriku dan terima diriku seadanya. Kadang2 cinta sebelum kawin indah kerana terasa diri disayangi dan menyayangi dan sekiranya indah yang diharapkan maka itulah jodohku. Percintaan di alam persekolahan membawa ke politeknik dan sehingga semester akhir ini dan pelbagai rintangan dan dugaan dan macam2. Tapi,kami di sekolah dan ipta yang sama. Bagaimana pula selepas ini sekiranya kami ditempatkan di universiti yang berbeza. Sekiranya jodoh kami kuat, sampailah kami di atas pelamin yang selama ini kami inginkan dan angankan. Perhubungan kami telah direstui oleh kedua-dua orang tua kami dan harapnya kekal sehingga kawin nanti. Kawan-kawan kami, harap mendoakan yang terbaik buat kami. Aminn...
Hubungan kami dilanda pelbagai masalah, kadang2 rasa xsayang? Benar ke perasaan seperti itu wujud pada orang yang bercinta? Sekiranya salah, betulkan kesilapan itu. Bagi yang muncul pihak ke3 bagaimana pula? Kerana itulah wujud perasaan simpati dan akhirnya merana diri sendiri. Andai itulah jodohku, tunjukkanlah. Sekiranya hubungan kami dilanda dugaan lagi selepas ini bagaimana untukku mengharunginya lagi dan juga dia. Kepada teman-teman, sayangi diri sendiri dan orang yang menyayangi kita kerana hakikatnya bila seseorang itu dah hilang baru kita menyedarinya dan tidak guna berpatah kembali kerana kesalahan yang telah kita lakukan.
loved <3 AmandaRahman