Photobucket

By Noor Amanda Abd Rahman ♥

Monday, February 14, 2011

Accident :'(

Tanggal 13/2/2011, jam 6.30ptg..HIghway antara tg malim dan behrang di lane laju o lane kanan sekali. Mula2 kami sekeluarga terasa kereta lelong2 macam tak stabil dan tak sampai beberapa saat lepas tu kami terus berpusing sebanyak 3 kali. Rasa nyawa melayang sangat sebab takut kereta laju xperasan kami tengah berpusing, dala di lane laju kan. Mang time tu hujan lebat n tak laju pun ayah drive tp orang kata benda dah nak jadi kan. Lepas kereta kami dah berpusing 3 kali tuh kami terus keluar kereta dan berlari ke sebelah divider sana dan pergi ke rumput takut2 kereta laju tak perasan kami dengan tengah2 hujan lebat. Lepas terjadi tuh kami terus berpeluk anak beranak dan menangis sebab rasa terkejut dan trauma. Ayah cuba melambai tangan guna kain warna hijau tp kereta xpasan sebab hujan. Lebih kurang 10 min selepas itu, kereta perdana dan pajero tak perasan kereta kami yang melintang di lane paling kanan tu, perdana nak elak kereta kami dan elak ke kiri tp tak dapat diselamatkan sebab pajero datang laju dari belakang dan merempuh perdana. Penumpang sebelah pemandu tersepit dan beberapa minit lepas tu baru dapat dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Slim River, kemungkinan ada retak o patah tangan o kaki. Kami bersyukur kehadrat Ilahi sebab masih diberikan kesempatan untuk terus hidup dan bernafas di bumi Allah ini. Dan kami bersyukur kepada dan berterima kasih sangat2 kepada orang yang bawa toing2 kerana bertindak pantas ke tempat kejadian kami. Kami dihantar ke Balai Polis Slim River untuk membuat laporan kejadian dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyelesaikannya. Kereta dihantar ke kl menggunakan toing2 ke bengkel Honda. Thanx to pakteh n makteh kerana datang jauh dari Kajang ke tg malim untuk membawa family sy pulang ke rumah and thanx to Aiman n kwn2 yg lain kat uma sewa behrang tuh . Amin, alhamdulilah semua selamat.









No comments:

Post a Comment